Posts

Konsep Ilmu dan Akal

Image
Ilmu merupakan satu tonggak dalam menjalani kehidupan ataupun dalam melaksanakan suruhan yang diperintah oleh Allah s.w.t.  Orang berilmu dapat mendekatkan diri dengan Allah dan secara tidak langsung dapat bertaqwa dengan hakikat sebenar. Selain itu, Islam sangat menyanjung tinggi orang alim dan berilmu. Hendak ditekankan di sini, BERILMU! Orang yang berilmu ini darjatnya diangkat tinggi dan mereka ini dimuliakan oleh Allah s.w.t. Orang yang jahil (tidak mengetahui dalam ajaran Islam atau dalam apa-apa hal) mereka perlulah belajar dan banyakkan bertanya kepada orang yang alim lagi berilmu ini supaya mereka mendapat panduan dan dapat beramal dengan baik dan betul mengikut kehendak syarak. Pengertian Ilmu Pengertian bahasa : Al-Ru'yah (melihat dan perhati) Al-'ilm Bi al-Syai' (mengetahui tentang sesuatu) Al-Izn (kebenaran dan keizinan) Pengertian dari segi istilah : Mendapat sesuatu atau pengetahuan tentang sesuatu yang belum diketahui melalui cara pemb

Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah

Image
Slide ini disediakan oleh Muhammad Haiqal bin Mat Zin, M17B. Tajuk Konsep Ahli Sunnah Wal Jammah ini merupakan topik terakhir bagi subjek Pengajian Islam Semester 1 di Kolej MARA Banting. Apakah yang dimaksud dengan ahli wal jamaah? Ahli Sunnah - Kerana menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah Al-Jamaah - Kerana berkumpul atas kebenaran dan bersatu untuk berjihad, melaksanakan amar                               makruf nahi munkar dan menentang bid'ah (http://notapispm.blogspot.my) Maksud dari segi istilahnya: Orang yang berpegang teguh dengan kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah, dan apa yang para sahabat, Tabien dan pengikut mereka beriltizam dengan keduanya, samada melalui perkataan, perbuatan mahupun iktikad yang bertepatan dengan sumber-sumber tersebut. Mereka juga dikenali sebagai Ahli Sunnah, al-Jamaah, as-Salafu as-Soleh dan Ahli al-Hadis Terdapat juga definisi dari segi istilah daripa

Konsep Akhlak Islamiyah

Image
Slide ini dihasilkan oleh Osman Nul Hakim bin Asmi, M17F. Tajuk Konsep Akhlak Islamiyah merupakan Bab 4 Pengajian Islam Semester 1 di Kolej MARA Banting. Pengertian akhlak: -Menurut Ibn Athir, Khuluq @ akhlak adalah satu bentuk kejadian manusia dari sudut batin, sementara Khalq bermaksud satu bentuk kejadian manusia dari sudut yang lahir  (Mohd. Sulaiman: 1992) -Menurut Ibnu Maskawayh (pengertian yang lebih khusus), al-Khuluk merupakan suatu hai'ah @ keadaan bagi diri @ jiwa (al-Nafs) yang sifatnya membawa diri atau jiwa supaya melakukan perbuatan atau tindakan dengan senang dan mudah tanya perlu berfikir panjang kerana sudah menjadi satu sifat atau kebiasaan -Penjelasan Imam al-Ghazali: Menurut beliau,apabila orang itu baik kejadiannya dan akhlaknya, dia ialah seorang yang baik dari segi lahir dan batinnya. Jadi, akhlak itu merupakan satu hai'ah @ sesuatu yang tetap dalam diri atau jiwa yang mencipta sesuatu tindakan

Kepentingan Tarbiyatul Ruh

Image
Gambar slide presentation ini dihasilkan oleh Tasnim bt. Ahmad Fatimi, M17B. Tajuk Konsep Tarbiyatul Roh ini merupakan bab 4 dalam subjek Pengajian Islam Semester 1 di Kolej MARA Banting. Tarbiyah, asal perkataannya berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud pendidikan. Seseorang yang tugasnya adalah untuk mendidiknya dinamakan sebagai Murabbi. Tarbiyah adalah satu proses mendidik sesuatu ilmu kepada seseorang iaitu sesuatu ilmu dan pemikiran Islam dan seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Menurut Ali Abd. al-Halim Mahmud, tarbiyah bermaksud uslub ( kaedah, cara: berkhidmat utk ke-benaran ialah ~ atau kaedah yg diperjuang-kan oleh Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat ) yang terbaik dalam proses berinteraksi dengan fitrah kemanusiaan dalam bentuk pengucapan secara langsung atau tidak langsung agar masyarakat dapat mengikutinya berdasarkan manhaj ( Metode atau cara kita dalam bertauhid, berakidah dan b