Konsep Ilmu dan Akal


Ilmu merupakan satu tonggak dalam menjalani kehidupan ataupun dalam melaksanakan suruhan yang diperintah oleh Allah s.w.t.  Orang berilmu dapat mendekatkan diri dengan Allah dan secara tidak langsung dapat bertaqwa dengan hakikat sebenar. Selain itu, Islam sangat menyanjung tinggi orang alim dan berilmu. Hendak ditekankan di sini, BERILMU! Orang yang berilmu ini darjatnya diangkat tinggi dan mereka ini dimuliakan oleh Allah s.w.t. Orang yang jahil (tidak mengetahui dalam ajaran Islam atau dalam apa-apa hal) mereka perlulah belajar dan banyakkan bertanya kepada orang yang alim lagi berilmu ini supaya mereka mendapat panduan dan dapat beramal dengan baik dan betul mengikut kehendak syarak.

Pengertian Ilmu

Pengertian bahasa :

  • Al-Ru'yah (melihat dan perhati)
  • Al-'ilm Bi al-Syai' (mengetahui tentang sesuatu)
  • Al-Izn (kebenaran dan keizinan)

Pengertian dari segi istilah :
Mendapat sesuatu atau pengetahuan tentang sesuatu yang belum diketahui melalui cara pembelajaran


Perbezaan Ilmu, Makrifah dan Hakikat



Pembahagian Klasifikasi Ilmu

Ilmu Fardu Ain - 

  • Ilmu yang menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mempelajari dan mendalaminya
  • Jika tidak dipelajari dikira tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan ianya berdosa
  • Wajib dipelajari dan wajib melaksanakannya
  • Contoh : solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan dan sebagainya

Ilmu Fardu Kifayah -
  • Ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan masyarakat (yang mewakili orang Islam)
  • Jika tiada seorang pun umat Islam dalam sesebuah masyarakat yang mempelajarinya, semua masyarakat tersebut berdosa
  • Contoh : ilmu kedoktoran, ilmu kejuruteraan dan sebagainya


Sumber-sumber Ilmu

Sumber ilmu menurut al-Quran dan hadis

a) Allah merupakan pemberi sumber ilmu yang terbesar
  • Melalui wahyu (khusus untuk para nabi dan rasul)
  • Melalui mimpi dan ilham (untuk orang terpilih oleh Allah menerima ilmu melalui ilham tanpa belajar (cth : mengetahui tentang firasat apa yang akan berlaku) dengan izin Allah)
  • Melalui cara mempelajari samada secara langsung atau tidak langsung
  • Bersumberkan pancaindera (tanggapan pancaindera manusia) contoh pendengaran, penglihatan juga melalui hati
  • Melalui penelitian, pemerhatian serta pengajaran dari pengalaman lalu
  • Melalui pertanyaan kepada orang yang lebih berpengetahuan

Sumber ilmu menurut Pemikir Islam 

Menurut pendapat Imam al-Ghazali, sumber ilmu boleh diperoleh melalui beberapa proses :
  • Melalui deria dan pancaindera (cth : deria rasa, pendengaran)
  • Melalui akal, pemikiran positif digunakan untuk mengkaji, berfikir dan memahami sesuatu sehingga terhasilnya pengetahuan (dalam bentuk pengalaman atau ilmu itu sendiri)
  • Menerusi institusi :
  1. Secara rasmi (cth : sekolah, kuliah, seminar, forum)
  2. Secara tidak rasmi (cth : melalui tazkirah di masjid)
  • Melalui ilham
  • Melalui wahyu (khusus untuk para nabi dan rasul)
  • Ilmu perlu dipraktikkan
  • Ilmu boleh didapati melalui pengalaman, amalan serta contoh tauladan
  • Melalui pembelajaran dan kajian

Konsep Akal Menurut Islam

Konsep Akal
  • Asas penting dalam kehidupan manusia
  • Dapat membezakan darjat manusia dengan makhluk Allah yang lain
  • Amanah kepada manusia
  • Islam melarang ke atas umatnya supaya tidak melakukan perkara yang merosakkan kewarasan akal (cth : menelan pil khayal, menghisap dadah, minum arak)
  • Akal yang waras adalah syarat taklif (syarat wajib beribadah)

Peranan Akal
  • Menurut al-Quran dan al-Sunnah :
a) Mengkaji dan mendalami serta mempelajari ilmu (ilmu kedunian seta akhirat)

b) Mempelajari wahyu Allah dan memahaminya

c) Syarat manusia ditaklifkan

d) Sumber dan memainkan peranan utama dalam mengenali Allah dengan lebih mendalam (melalui sifat-Nya atau bukti kekuasaan-Nya)

e) Dapat menilai antara yang baik dan tidak baik




Comments

Popular posts from this blog

Isu-isu Semasa Berkaitan dengan Akidah

Konsep Syahadah dan Tuntutannya