Latar Belakang Penulis



Saya, Nur Nadiah Athirah binti Mohamad Radzi, dilahirkan di Alor Setar, Kedah tetapi menetap di Ipoh, Perak. Saya dilahirkan pada 5hb November 1999 bersamaan dengan 27 Rejab 1420H. Latar belakang pendidikan saya bermula apabila saya mula bersekolah di Tadika Taski Abim Al-Hamidiyah sejak berumur 5 tahun sehinggalah saya berumur 6 tahun. Pada peringkat sekolah rendah pula, saya bersekolah di sebuah sekolah rendah kebangsaan yang terletak di Tanjung Rambutan, Perak iaitu  di Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan daripada Tahun 1 sehinggalah Tahun 6. Berkat doa dan usaha serta rezeki daripada Allah, alhamdulillah saya dapat melanjutkan pelajaran di MRSM Lenggong sehingga saya tingkatan 4. Alhamdulillah pada peringkat menengah atas, saya dapat menyambung pelajaran saya di MRSM Taiping iaitu salah sebuah MRSM PKP (Program Khas Pendidikan). Sekarang ini, saya sedang melanjutkan pelajaran di Kolej MARA Banting dalam program International Baccalaureate dalam kursus sains inshaaAllah dari tahun 2017 ini sehingga tahun 2019. Saya merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Tujuan saya mencipta blog ini adalah kerana blog ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus Pengajian Islam yang telah saya pilih dan dalam masa yang sama menyebarkan pengetahuan yang saya telah pelajari.

Popular posts from this blog

Isu-isu Semasa Berkaitan dengan Akidah

Konsep Syahadah dan Tuntutannya

Konsep Ilmu dan Akal