Konsep Akhlak Islamiyah














Slide ini dihasilkan oleh Osman Nul Hakim bin Asmi, M17F.
Tajuk Konsep Akhlak Islamiyah merupakan Bab 4 Pengajian Islam Semester 1 di Kolej MARA Banting.


Pengertian akhlak:

-Menurut Ibn Athir, Khuluq @ akhlak adalah satu bentuk kejadian manusia dari sudut batin, sementara Khalq bermaksud satu bentuk kejadian manusia dari sudut yang lahir 
(Mohd. Sulaiman: 1992)

-Menurut Ibnu Maskawayh (pengertian yang lebih khusus), al-Khuluk merupakan suatu hai'ah @ keadaan bagi diri @ jiwa (al-Nafs) yang sifatnya membawa diri atau jiwa supaya melakukan perbuatan atau tindakan dengan senang dan mudah tanya perlu berfikir panjang kerana sudah menjadi satu sifat atau kebiasaan

-Penjelasan Imam al-Ghazali: Menurut beliau,apabila orang itu baik kejadiannya dan akhlaknya, dia ialah seorang yang baik dari segi lahir dan batinnya.

Jadi, akhlak itu merupakan satu hai'ah @ sesuatu yang tetap dalam diri atau jiwa yang mencipta sesuatu tindakan atau amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Jelaslah bahawa apa yang diertikan dengan akhlak itu ialah hai'ah atau sifat yang terdapat dalam diri manusia yang telah tetap sehingga mudah terdorong untuk melakukan baik tanpa difikir atau dirancang.


Istilah Akhlak: Moral dan Etika

Moral

-Perkataannya berasal daripada bahasa  Latin iaitu "moralis" yang membawa maksud tingkah laku yang selari dan sesuai dengan tatasusila atau peraturan bagi sesuatu masyarakat.

Etika

-Berasal daripada perkataan Greek iaitu "ethos" yang bermaksud adat atau cara hidup.

-Juga diertikan sebagai sains moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu samada perkara tersebut adalah baik atau buruk.

-Terdapat beberapa etika yang telah dicipta dari pelbagai agama antaranya ialah:

a) Etika Hindu (kitab Veda [1500 SM])

b) Etika Buddha (diasaskan sejak 25 abad yang lalu)

c) Etika Kung Fu Tze (dikemukakan oleh Kung Fu Tze, seorang ahli falsafah cina yang terkenal pada 551-478 SM)

d) Etika Greek Kuno (dibicarakan oleh beberapa ahli falsafah Greek Kuno)

e) Etika Islam (dirumuskan oleh oleh para ulama Islam)


Konsep Akhlak dan Agama

Akhlak => kelakuan atau watak atau gerak-geri seseorang

Agama => mengandungi ajaran, peraturan dan perlakuan yang tercatat dalam kitab-kitab suci agama masing-masing (menjelaskan balasan atau ganjaran yang akan diterima oleh pengikutnya


Hubungan Agama Islam dan Akhlak

-Perkara ini dapat dilihat daripada beberapa aspek. Antaranya ialah :

a) Nilai akhlak berasakan agama (dasar, panduan dan hudud menurut fahaman akhlak dalam Islam)

b) Konsep hari akhirat (asas penting akhlak)

c) Keadilan


Aliran Pemikiran Etika

a) Pemikiran Rasionalis

Suata aliran yang berpendapat bahawa segala tingkah laku moral memerlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik


b) Pemikiran Naturalis

Pemikiran yang berusaha menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar


c) Pemikiran Intuisionis

Merujuk kepada proses 'melihat' dan 'memahami' secara spontan yang berkaitan dengan biskan hati


d) Pemikiran Emotivis

Merujuk kepada sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi



Konsep Baik dan Jahat


Imam al-Ghazali telah membahagikan akhlak kepada dua jenis iaitu:

a) Mahmudah (akhlak yang baik)              b) Mazmumah (akhlak yang buruk)

Beliau juga telah membincangkan tentang akhlak dalam Ihya' Ulum al-Din iaitu tentang:

a) akhlak yang menghancurkan (muhlikat)

b) akhlak yang menyelamatkan (munjiyat)

Dalam Ihya' Ulum al-Din, beliau juga ada menyebutkan :


“Apabila anak itu dibiasakan untuk mengamalkan apa-apa yang baik dan diberikan pendidikan ke arah itu, pastilah ia akan tumbuh di atas kebaikan tadi, akibatnya dia akan selamat di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika anak itu sejak kecil lagi dibiasakan dan dibiarkan mengerjakan segala apa yang buruk, tanpa diberikan pendidikan, akibatnya anak itu akan berakhlak buruk. Dosanya pula ditanggung oleh orang yang bertanggung jawab memelihara dan mengasuhnya.”


Nilai Perbuatan Manusia

Aspek nilai ini merupakan sesuatu yang amat penting dalam membentuk insan yang beradab dan berakhlak.

Antara nilai-nilai tersebut ialah:

1) Hikmah 

2) Keberanian

3) Kesederhanaan 

4) Adil



Matlamat akhlak


  • Penyembuh perasaan batin seseorang
  • Mewujudkan perasaan takut kepada Allah s.w.t kerana merasakan diri sentiasa diawasi


Rasulullah sebagai Uswah Hasanah (Ikutan Terbaik)

Antara sebab-sebab mengapa Rasulullah s.a.w adalah sebuah Uswah Hasanah adalah kerana:

a) Nabi Muhammad s.a.w telah mempraktikkan dan menjalankan kehidupan baginda berasaskan kitab suci Al-Quran


b) Allah s.w.t telah menyebut dalam Al-Quran supaya kita berakhlak sepertimana akhlak Nabi Muhammad s.a.w

-Firman Allah s.w.t:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (pada masa susah dan senang)".


Al-Ahzab: 21


c) Kegiatan seharian dalam kehidupan Rasulullah s.a.w adalah berasaskan Al-Quran. Baginda tidak memperkatakan sesuatu berlandaskan hawa nafsu

-Nabi Muhammad s.a.w berpraktikkan apa yang terkandung dalam Al-Quran dalam kehidupan baginda

-Apa yang dilakukan baginda itu bukan sahaja meliputi dalam soal ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya tetapi dalam aspek-aspek lainjuga seperti sistem politik, ekonomi, sosial dan sebagainya

-Akhlak Nabi Muhammad s.a.w secara umumnya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

  • Akhlak baginda dengan Allah s.w.t
-Baginda memohon dari Allah s.w.t supaya akhlaknya diperelokkan dan dihindari dari akhlak buruk

-Keimanan yang kental dan teguh dalam semua keadaan dan sentiasa mengingati Allah s.w.t

-Melakukan ibadah dengan penuh ketaatan dan ketaqwaan


  • Akhlak baginda sesama manusia 
-Jangan berdendam sesama manusia

-Walaupun ada seseorang melakukan kejahatan terhadap kita, mestilah dibalas dengan kebaikan

-Manusia yang baik ialah manusia yang menggembirakan @ memberi manfaat terhadap yang lain dan sebagainya



  • Akhlak baginda dengan alam
-Contoh: haiwan, tumbuhan, jin dan sebagainya

-Contoh situasi: memelihara haiwan dengan baik dan lemah lembut serta tidak menyeksa ia 







Comments

Popular posts from this blog

Isu-isu Semasa Berkaitan dengan Akidah

Konsep Syahadah dan Tuntutannya

Konsep Ilmu dan Akal