Kepentingan Tarbiyatul Ruh























Gambar slide presentation ini dihasilkan oleh Tasnim bt. Ahmad Fatimi, M17B. Tajuk Konsep Tarbiyatul Roh ini merupakan bab 4 dalam subjek Pengajian Islam Semester 1 di Kolej MARA Banting.


Tarbiyah, asal perkataannya berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud pendidikan. Seseorang yang tugasnya adalah untuk mendidiknya dinamakan sebagai Murabbi. Tarbiyah adalah satu proses mendidik sesuatu ilmu kepada seseorang iaitu sesuatu ilmu dan pemikiran Islam dan seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Menurut Ali Abd. al-Halim Mahmud, tarbiyah bermaksud uslub (kaedah, cara: berkhidmat utk ke-benaran ialah ~ atau kaedah yg diperjuang-kan oleh Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat) yang terbaik dalam proses berinteraksi dengan fitrah kemanusiaan dalam bentuk pengucapan secara langsung atau tidak langsung agar masyarakat dapat mengikutinya berdasarkan manhaj (Metode atau cara kita dalam bertauhid, berakidah dan beramal dalam memahami dan menjalankan kehidupan beragama Islam-http://islam-manhaj-salaf.blogspot.my) atau garis panduan dan wasilah-wasilah khusus yang tidak membelakangkan syariat Allah s.w.t untuk menghasilkan perubahan di dalam diri ke arah yang lebih baik.

Matlamat Tarbiyah

  • Bertujuan mendidik masyarakat agar agama Islam dijadikan sebagai cara hidup dan pegangan
  • Islam dapat diaplikasikan dalam masyarakat - menyerlahkan lagi sahsiah Islamiyah dalam pelbagai keadaan 
Terbahagi kepada dua bentuk :

Matlamat Umum

a) Beribadat kepada Allah berdasarkan syariat

-Dapat dibentuk melalui kombinasi beberapa elemen antaranya seperti iman, Islam, ihsan, adil, amar ma'ruf dan nahi munkar serta jihad fi sabilillah

Rasulullah s.a.w bangunkan sahsiah umat baginda dengan komponen asas Islam :

  1. Akidah
  2. Syariah
  3. Akhlak
Akhlak suatu elemen yang amat penting sekali sebagai salah satu tunjang agama Islam.

Rasulullah bersabda : "Sebaik-baik iman orang mukmin itu ialah yang paling tinggi akhlaknya"

Menurut kajian Imam al-Ghazali, akhlak yang paling utama (ummahatul fadha'il) dibahagikan kepada empat :

Al-Hikmah (kebijaksaan dalam mengendalikan diri dari hawa nafsu) : 
-Hidup terkawal
-Motivasi kuat untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup

Al-Adlu (jiwa yang dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mecapai hikmah) :
-Membimbing -> keselamatan, ketenteraman dan kebahagian

Al-Saja'ah (keberanian) : 
-Keteguhan hati membela dan memperkuatkan lagi kebenaran
-Mendorong untuk tekun melakukan sesuatu kerja dengan penuh keikhlasan, tanpa rasa bosan atau malas

Al-'Iffah (menjaga diri dari maksiat)


Kaedah Pembangunan Akhlak Remaja Menurut Imam al-Ghazali

Lima faktor yang mempengaruhi berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Imam a-Ghazali :


1. Tazkiyyah al-Nafs (pembersihan jiwa) :

- maksud tazkiyyah : 

(bahasa) penyucian, pembersihan dan penyuburan diri serta penyingkiran segala bentuk perkembangan yang tidak dikehendaki dan segala perkara yang tidak baik (Ansari, 1983:10)

(istilah) suatu usaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan diri seseorang manusia dari sifat-sifat buruk dan keji (mazmumah) yang menjadi satu rintangan kepada penyuburan akhlak mulia (mahmudah) seorang insan (Ansari, 1983:11)

-melibatkan proses usaha dan kegigihan seseorang insan dalam menjelaskan konflik antara baik dan buruk dalam jiwa (nafs)

-jiwa adalah suatu hasrat yang memperlihatkan nilai-nilai kekuatan dalam diri untuk memperoleh kemahuan

(pemikiran dan cita-cita, samada baik @ buruk yang terdapat dalam hati)

Menurut Imam al-Ghazali, terdapat 3 faktor utama yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi personaliti seseorang : nafsu, hati dan akal.

Nafsu-nafsu (tabii keinginan) mencorakkan personaliti yang berlainan :

  • Nafsu amarah (melakukan sifat-sifat jahat dan rosak)
  • Nafsu mutmainnah (menahan keinginan nafsu syahwat, mencapai ketenagan)
  • Nafsu mardiah (lemah-lembut dalam tutur kata, menerima kehendak & ketentuan Allah dgn cara bersyukur dengan apa yang ada)
  • Nafsu kamilah (hanya terdapat pada para Rasul yang semestinya bersifat kesempurnaan)
Terdapat tiga jenis hati yang merangka sebuah personaliti yang dapat menentukan kualiti hati seseorang individu :


  1. Hati qalbun (belum kukuh dengan tuntutan agama, akal diperlukan untuk bertindak)
  2. Hati faadun (hati sudah ada keyakinan terhadap risalah Allah)
  3. Hati lubbun (kukuh dapat melahirkan hati yang rasional dan ikhlas untuk membimbing akal)
Akal merupakan satu keupayaan intelek yang mendorong manusia untuk berfikir secara rasional. Jenis-jenis akal ada tiga, antaranya :

  1. Akal biasa (percaya apa yang dilihat dan menolak perkara yang abstrak)
  2. Akal taakul (Analisis berdasarkan sebab musabab, jenis akal yang sederhana)
  3. Akal tadabbur (Fikir secara ikhlas dan rasional berpandukan iman dan akal)

2. Mujahadah (melawan hawa nafsu)

-Imam al-Ghazali sangat memberi perhatian terhadap mujahadah yang berterusan dalam menghadapi sikap mazmumah dengan menggunakan ilmu pengetahuan dan mengendalikan secara berhikmah dengan ditambah dengan tahap kesabaran yang tinggi (al-Ghazali, 2003:71)

3. Melazimi amalan kebaikan

-Dilakukan secara konsisten dan berterusan supaya menjadi kebiasaan dalam kehidupan

-Asasnya kepada aspek ini adalah dengan melakukan ibadat yang khusus (e.x : solat, puasa, zakat, haji)

-Dilakukan antara manusia dan makhluk Allah yang lain


4. Melakukan sesuatu bertentangan dengan sifat mazmumah

-Iaitu dengan cara sentiasa bersabar daripada terjerumus untuk melakukan perkara-perkara mazmumah seperti marah, khianat, sombong dan sebagainya

5. Muraqabatullah (pengawasan diri terhadap Allah)

-Menurut Imam al-Ghazali, muraqabatullah adalah merasakan diri diawasi
oleh zat ynag menjaga dirinya dan menumpukan perhatian yang bersungguh-sunggub kepada-Nya (al-Ghazali, 2003:495)

-Cara yang efektif bagi mengingatkan diri kita terhadap Allah 

Comments

Popular posts from this blog

Isu-isu Semasa Berkaitan dengan Akidah

Konsep Syahadah dan Tuntutannya

Konsep Ilmu dan Akal