Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah














Slide ini disediakan oleh Muhammad Haiqal bin Mat Zin, M17B.
Tajuk Konsep Ahli Sunnah Wal Jammah ini merupakan topik terakhir bagi subjek Pengajian Islam Semester 1 di Kolej MARA Banting.


Apakah yang dimaksud dengan ahli wal jamaah?

Ahli Sunnah - Kerana menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah

Al-Jamaah - Kerana berkumpul atas kebenaran dan bersatu untuk berjihad, melaksanakan amar                               makruf nahi munkar dan menentang bid'ah

(http://notapispm.blogspot.my)

Maksud dari segi istilahnya:

Orang yang berpegang teguh dengan kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah, dan apa yang para sahabat, Tabien dan pengikut mereka beriltizam dengan keduanya, samada melalui perkataan, perbuatan mahupun iktikad yang bertepatan dengan sumber-sumber tersebut.

Mereka juga dikenali sebagai Ahli Sunnah, al-Jamaah, as-Salafu as-Soleh dan Ahli al-Hadis

Terdapat juga definisi dari segi istilah daripada pelbagai aspek. Antaranya:

a) Ahl al-Hadis =>

semua perkara yang dipindahkan dari Nabi Muhammad s.a.w sama ada dari segi perkataan perbuatan, taqrir (penetapan), pengajaran dan perlakuan, sejarah hidup samada yang berlaku sebelum baginda diutuskan menjadi nabi ataupun selepasnya

b) Ulama Aqidah =>

semua perkara yang dibawa oleh nabi samada bersumberkan Al-Quran ataupun hadith juga termasuk ijtihad para sahabat samada bersangkutan dengan hukum hakam ataupun tidak

c) Ulama fiqh =>

sesuatu perkara yang diterima dari Rasulullah yang tidak menunjukkan fardu atau wajib

d) Ahl Usul Fiqh =>

semua perkara yang dipindahkan dari Nabi Muhammad s.a.w sama ada perkataan, perbuatan dan taqrir yang bersangkutan dengan hukum




Rumusan pendirian golongan ahli Sunnah Wal Jamaah

Menyakini bahawa :

1) Yakin dan percaya sifat maa'ni bagi Allah tetapi tidak sampai ke tahap tajsim (menjisimkan atau dalam kata lain menjasadkan Allah) dan tidak samakan Allah dengan makhluk

Percaya sifat wajib, mustahil dan jaiz (harus) para rasul

Percaya akan adanya kiamat dan kehidupan hari akhirat

Meyakini rukun iman dan islam


2) Manusia mempunyai daya usaha dan ikhtiar atas perbuatan yang iktiyariyyah (yang dibuat oleh manusia) dan tidak terlepas dari sifat qudrat dan iradat Allah


3) Manusia perlu pertolongan Allah untuk melakukan apa-apa perbuatan kerana manusia tidak berdiri dengan sendiri, semua tergantung dengan qudrat dan iradat Allah


4) Syukur - usaha manusia dalam menggunakan nikmat Allah (menggunakan nikmat tersebut dengan betul dan bukan digunakan untuk menyeleweng daripada tuntutan Allah)


5) Segala sesuatu yang ujud (ada) pasti dapat dilihat dan Allah yang ujud juga pasti dapat dilihat (iaitu dengan cara tertentu, waktu dan tempat)


6) Iman merupakan kepercayaan dalam hati

Sebutkan dengan lisan dan amalkan dengan perbuatan demi menunaikan kewajipan sebagai seorang manusia di atas muka bumi ini adalah penyempurna dan pelengkap iman seseorang


7) Orang yang melakukan dosa tetapi mati sebelum bertaubat, halnya itu terserah kepada Allah samada diampuni dosanya atau sebaliknya


8) Semua kewajipan yang ditentukan oleh Allah dapat dipertimbangkan oleh akal fikiran atas bimbingan wahyu


9) Semua peristiwa yang diciptakan Allah terdapat hikmah di mana manusia tidak mampu untuk meniliknya


10) Allah mengutuskan rasul kerana itu adalah hak-Nya untuk memberi petunjuk kepada manusia supaya tiada alasan lagi untuk menghindarkan diri daripada melakukan kewajipan mereka terhadap Allah


11) Allah berkuasa mencipta sesuatu tanpa ada contohnya terlebih dahulu


12) Penghuni di dalam kubur lebih memahami atau pengertian yang lebih luas tentang segala perbuatannya di dunia (insaf)


13) Ayat Al-Quran atau hadis yang mutsyabih atau seakan tashbih (perumpamaan) dengan Tuhan (contoh: Tuhan berada di 'Arasy - Tuhan turun ke langit dunia - tangan Tuhan dan sebagainya ) hendaklah menurut apa yang disebut dalil sahaja dan tidak boleh disamakan dengan makhluk



Comments

Popular posts from this blog

Isu-isu Semasa Berkaitan dengan Akidah

Konsep Syahadah dan Tuntutannya

Konsep Ilmu dan Akal