Konsep Syahadah dan Tuntutannya
Makna syahadah :
“Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang
disembah melainkan Allah, Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”
Dua kalimah syahadah :
·
ia mengandungi dua bahagian syahadah
·
disebut sebagai kalimah tauhid
·
mestilah diikrar sekaligus (wajib)
-seseorang yang menyebut separuh sahaja tidak memadai, tidak sah menjadi
seorang Islam
·
maksud :
menafikan ketuhanan kepada sesuatu selain Allah dan menetapkan bahawa
sifat ketuhanan hanya pada Allah sahaja.
Mengaku kerasulan Nabi Muhammad
Syahadah pertama : “tiada tuhan melainkan Allah”
·
mengaku dengan lidah dan membenarkan dengan hati
bahawa yang sebenar-benarnya yang disembah ialah Allah swt
Syahadah kedua : “Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah”
·
mengaku dengan lidah, tunduk dan patuh dengan
hati bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah yang diutuskan untuk
mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya iaitu dari kejahilan kepada
mengetahui dan dari kekafiran kepada islam
Hukum melafazkan syahadah
Seseorang yang melafazkan syahadah dengan
kesukaan dan kerelaan hatinya untuk menganut agama Islam menurut hukum Islam adalah
dianggap seorang Islam atau Muslim.
Bermula dari itu, mereka mempunyai hak dan
kewajipan menurut syariat Islam.
Mereka juga wajib mengikut segala undang-undang
dan peraturan-peraturan Islam.
Kalimah
lailahaillallah (tiada tuhan
melainkan Allah)
Bermula dengan perkataan ‘tidak’ –
bertujuan menafikan rupa bentuk tuhan, kepercayaan, keyakian, aqidah dan
sebagainya selain daripada Allah dan apa yang telah ditutunkan-Nya
Kalimah
waasyhadu anna muhammadan rasulullah(dan
aku naik saksi bahawasanya nabi Muhamammad itu pesuruh Allah)
Mengaku dirinya tunduk, patuh dan
mengakuinya kerasulan Nabi Muhammad saw sebagai rasul dan utusan Allah dan
mengaku akan menurut segala ajaran tanpa ragu-ragu.
Syarat Sah Syahadah
·
Diketahui dan difahami
Wajib tahu lafaz dua kali syahadah, wajib
tahu makna dan kandungannya
·
Ditasdiqkan dengan hati
Wajib menyakini maksudnya, tidak ragu atau
berasa sangsi dengan kebenaran isi dua kalimag syahadah
·
Diikrarkan dengan lidah
Wajib ikrar dengan lidah serta mengucap
(membaca) dua kali syahadah dengan selengkapnya
·
Diamalkan dengan anggota
Wajib mengamalkan tuntutan dan kehendak dua
kalimah syahadah dan menolak segala perkara yang bertentangan dengan maksud
yang terkandung dalam dua kalimah syahadah
Rukun syahadah
·
Ithbat (menetapkan) zat
·
Ithbat sifat
·
Ithbat af’al
·
Ithbat Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah
Tuntutan Beriman dengan Syahadah
· Melaksanakan hak Allah
Taat kepada Allah
Melakukan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
Menerima apa yang dibawa oleh Al-Quran dan Sunnah
Mencari keredhaan-Nya
· Melaksanakan hak individu/hak diri
Menuntut ilmu
Melaksanakan ibadat
Beriman dengan yang ghaib (sam’iyyat) iaitu Allah, malaikat,
hari kiamat dan hal-hal yang berkaitan
Mengajak atau menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran
Menghukum dengan hukum
Allah
Menjaga dari perkara yang merosakkan dan membatalkan
syahadah
Perkara-perkara yang membatalkan syahadah
Terbahagi kepada tiga aspek iaitu :
Iktikad
Contoh :
Syak terhadap kewujudan Allah, kerasulan Nabi Muhammad saw
atau 25 rasul yang lain, hari kiamat, syurga, neraka, kebangkitan selepas mati,
pahala, seksa, mahsyar, hisab dan lain-lain
Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dengan ijmak seperti
zina, mencuri, liwat dan segala perkara di bawah hukum hudud
Menafikan perkara sunat dengan ijmak ulama seperti solat
sunat rawatib dan solat sunat hari raya
Meringankan janji Allah dengan balasan pahala atau dosa
Perbuatan
Contoh :
Meletakkan kitab suci Al Quran, hadis dan kitab ilmu di
tempat yang tidak sepatutnya sebagai maksud menghinanya
Perkataan
Contoh :
Mengatakan sesuatu kepada orang Islam yang menyatakan maksud
seseorang itu bukan beragama Islam contohnya, “Hai orang tiada agama”
Mempermainkan nama Allah
terima kasih=)
ReplyDeletebanyak ilmu yang saya dapat
Deleteboleh tak saya nk tahu,apa yg menjadikan shahadah tu satu garis perbezaan antara muslim dan kafir
ReplyDelete