Isu-isu Semasa Berkaitan dengan Akidah
1) Isu fahaman Islam liberal dan pluralisme agama
Islam Liberal
-Satu fahaman sesat yang datangnya dari sifat tidak yakin, rendah diri (inferiority complex) dan mengagungkan pemikiran Barat oleh orang Islam
-Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, liberal itu sendiri bermaksud bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik ataupun makna lainnya bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya)
Islam Liberal
-Satu fahaman sesat yang datangnya dari sifat tidak yakin, rendah diri (inferiority complex) dan mengagungkan pemikiran Barat oleh orang Islam
-Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, liberal itu sendiri bermaksud bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik ataupun makna lainnya bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya)
-Islam itu sendiri sudah liberal di mana manusia bebas dari penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Manusia juga memeliki taraf keterbukaan dalam peradaban manusia selagi mana hal tersebut tidak sampai ke arah menyekutukan Allah.
-Penambahan perkataan 'liberal' pada Islam yang sudah pastinya liberal maksudnya konsep ini mahukan lagi kebebasan dan keterbukaan yang lebih lagi daripada apa yang terdapat di dalam syari'at Islam. (fastnote.wordpress.com)
-Aliran liberalisme ini datangnya dari Barat hasil daripada terciptanya Zaman Renaissance (kebangkitan) di Eropah
-Antara sifat fahaman liberalisme ialah :
-Penambahan perkataan 'liberal' pada Islam yang sudah pastinya liberal maksudnya konsep ini mahukan lagi kebebasan dan keterbukaan yang lebih lagi daripada apa yang terdapat di dalam syari'at Islam. (fastnote.wordpress.com)
-Aliran liberalisme ini datangnya dari Barat hasil daripada terciptanya Zaman Renaissance (kebangkitan) di Eropah
-Antara sifat fahaman liberalisme ialah :
- Kebebasan individu tanpa sekatan
- Mempunyai gagasan pemikiran :
- Individu lagi penting dari masyarakat
- Masyarakat wujud dalam individu
- Individu bebas dari ikatan agama
-Teras pemikiran Islam Liberal:
a) Kebebasan akal tanpa batasan, perasaan syak dan ragu terhadap agama
b) Meletakkan akal lagi tinggi dari wahyu
c) Penerimaan wahyu berdasarkan penilaian akal dan rasional
d) Tidak menzahirkan diri sebagai golongan yang menolak agama tetpi berselindung disebalik gagasan yang :
a) Kebebasan akal tanpa batasan, perasaan syak dan ragu terhadap agama
b) Meletakkan akal lagi tinggi dari wahyu
c) Penerimaan wahyu berdasarkan penilaian akal dan rasional
d) Tidak menzahirkan diri sebagai golongan yang menolak agama tetpi berselindung disebalik gagasan yang :
- mengkaji agama
- menafsir semula Al-Quran
- menilai semula As-Sunnah
- menapis hukum syari'at dan Fiqh
e) Agama hendaklah ditundukkan kepada waqi' (realiti)
Kaedah pemikiran golongan Islam Liberal = dibelengu semangat berfikir Barat
Semangat berfikir Barat (menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas) :
- Kebergantungan semata-mata kepada akal manusia
- Dualisme dalam memahami realiti dan kebenaran
- Penekanan unsur perubahan dalam kewujudan yang menayangkan worldview yang sekular
- Doktrin Humanisme (ideologi sekularisme - penilaian segalanya kepada fikrian manusia)
- Konsep tragedi (mencerminkan jiwa tidak beriman kerana kecewa dengan agama)
Pluralisme Agama
-menganggap semua agama adalah sama
-semua agama membawa ke arah kebaikan
- Allah tidak menerima konsep ini kerana apa yang disuruh diamalkan oleh Allah adalah agama Islam kerana kebaikannya lain daripada kebaikan yang terdapat kepada agama lain
2) Amalan Syirik @ Ajaran Sesat
-sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam walhal bertentangan ajaran Islam
contoh: ajaran Taslim dan Qadyani
-Ciri-ciri Ajaran Sesat:
- Menyalahi prinsip sumber perundangan Islam
-bertentangan dengan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qiyas
-contoh : mengaku diri nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w walhal dalam Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qiyas telag menegaskan Nabi Muhammad s.a.w merupakan penutup nabi-nabi dan para rasul
- Berhubung dengan kuasa jin, syaitan dan iblis
-yakin bahawa terdapat kuasa-kuasa ghaib dan luar biasa selain dari Allah
-pemimpin atau pengamal ajaran sesat sanggup memuja sesuatu yang boleh mendatangkan kuasa pada diri mereka (demi menyebarkan pengaruh dan kepercayaan masyarakat terhadap mereka)
- Mengaitkan unsur-unsur Tarekat, Mitos, Persilatan dan Perbomohan
Unsur Tarekat (kesufian)
-sesuatu yang benar dan luhur
-satu disiplin ilmu yang dicipta ulama bagi menyampaikan manusia kepada Allah s.w.t
-ijazah, silsilah (asal usul), kepimpinan, rujukan, amalan dan sumbangan hendaklah dijadikan mekanisme bagi membuktikan sesuatu dakwaan itu benar atau sebaliknya
Mitos
-cipta mitos tentang kehebatan Guru atau Syeikh
-cipta pelbagai cerita (contoh : handal bersilat, berilmu, kebal, boleh melayang di udara, boleh ghaib, melakukan perbuatan luar biasa)
-mereka yang mempunyai asas agama yang lemah akan mudah terpengaruh
Persilatan
-senjata perjuangan golongan ajaran sesat
-ada yang menggunakan silat bertepatan dengan ajaran agama (berlandaskan aturan fizikal dan spiritual serta dipelajari untuk mempertahankan diri)
-ada yang bertentangan dengan Islam (contoh : silat memanggil roh, silat berunsur jampi serapah)
Perbomohan
-unsur yang sinonim dalam ajaran sesat
-unsur bid'ah dan khurafat digunakan untuk menyembuhkan penyakit
-proses perubatan menggunakan kuasa makhluk halus
-mempengaruhi pesakit bahawa unsur bomoh ini betul-betul berkesan untuk menyembuhkan penyakit
3) Fahaman Syiah
a) Sejarah Syiah
-terdapat dua pendapat yang menjelaskan sejarah dimana terciptanya aliran Syiah ini
Pendapat Pertama
-ketika berlakunya Perang Siffin
-antara Ali RA dan Muawiyah RA
-pandangan ini menyatakan pengikut Ali RA beraliran syiah manakala Muawiyah pula Sunnah Wal Jamaah
-Ijtihad Muawiyah didapati tidak benar dan pendapat Ahli Sunnah jelas lebih kepada Ali RA
Pendapat Kedua
-setelah kematian Husain bin Ali RA
-beliau keluar dari pemerintahan Yazid bin Muawiyah, penduduk Iraq akan menyokongnya
-beliau dikhianati dan terbunuh di Karbala
-akibat pembunuhan itu, muncul sekelompok muslim menuntut pembunuhan itu dituntut bela
-ada sekelompok yang menghukum kelompok ini kafir (terkeluar dari pemerintahan Bani Umaiyah)
-berlaku pergaduhan, beberapa penyokong Husain terbunuh (digelar Syiah)
b) Aliran Syiah
-tiga cabang utama Syiah mempunyai pengikut yang besar
-Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah = paling terkenal dan terbesar
-golongan Syiah kecil :
- al-Kaisaniyyah
- al-Zaidiyah
- al-Gublat
- Islmailiyah
- Syiah Imam Bertujuh
-Alawiyyah dan Duruzijuga mengganggap diri mereka Syiah tetapi tidak diiktiraf Syiah yang lain
-Tarekat Sufi beraliran Syiah :
- Tarekat Alevi
- Bektashi Hamadani
- Fatimiyyah
-mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan keturunan mereka menjadi pemimpin umat Islam dan bersatu di bawah Imam
-Malaysia tidak membenarkan aliran ini melakukan ritual harian dan Majlis Fatwa Malaysia menolak fahaman mereka.
c) Aqidah Syiah
5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan (Usul al-Din) :
- Tauhid (Allah itu satu)
- Adalah (Allah itu Maha Adil)
- Qiyamah (Allah akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat)
- Nubuwwah (Nabi dan Rasul ma'asum dilantik Allah untuk mengajar dan membimbing manusia. Muhammad s.a.w, nabi dan rasul terakhir)
- Imamah (Allah melantik orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia iaitu Imam)
d) Percanggahan Syiah daripada Ahli Sunnah
Menurut pandangan Mazhab Sunni, perkara yang diamalkan Syiah yang bertentangan dengan mereka antarnya ialah:
- Khalifah diwasiatkan secara nas
- Imam adalah maksum
- Saidina Ali pemimpin umat Islam setelah kewafatan Rasulullah
- Mencela para sahabat nabi dna ummahatul mukminin
- Menghalakan nikah mut'ah yang diharamkan oleh Mazhab Sunni
- Menolak beberapa ijmak ulama
- Menolak Qias
- Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang memperawikan hadis itu kafir
- Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan
Comments
Post a Comment