Konsep Akidah Islamiah






Pengertian Aqidah Menurut Etimologi Bahasa Arab

Berasal dari perkatan ‘aqdun (mempunyai banyak pengertian) :
  • ·         “Janji yang kuat”

Aqidah :
  •  “suatu janji yang kuat antara si hamba dengan Khaliknya “

(khalik = pencipta (yakni Allah s.w.t)
·         Membuahkan azam serta sikap yang jitu dan konsisten
  • “sesuatu yang menguatkan serta mengukuhkan”

·         Aqidah yang terpelihara daripada kegagalan dan kehancuran

  • “benteng kepada iman yang melindunginya daripada hal-hal yang meruntuhkan iman”





Aqidah mempunyai pelbagai corak mengikut pelbagai bidang yang berhubung dengan kehidupan manusia. Aqidah terbahagi kepada dua :
  •      Aqidah yang bukan bersifat keagamaan
  •       Aqidah yang bersifat keagamaan



Keistimewaan Yang Ada Pada Aqidah Boleh Disimpulkan Dalam Dua Perkara :
  •       Aqidah mempunyai daya untuk menggerakkan amal dan usaha yang menepati corak aqidah       tersebut
  •     Aqidah mempunyai daya tarikan yang bersifat ghaib

Keistimewaan Aqidah Islam

  • ·         Fitrah yang dituntut oleh fitrah dan selaras dengan fitrah semula jadi manusia
  • ·         Aqidah yang jelas dan lurus
  • ·         Tetap dengan penentuan yang pasti dan tetap sepanjang zaman dan masa, sepanjang tempat dan suasana
  • ·         Berasaskan kepada pembuktian akal yang waras dan sentiasa menerima untuk pembuktian
  • ·         Corak acuan aqidah Islam bukan daripada hasil ciptaan manusia tetapi acuan yang dicipta oleh Allah s.w.t



Nilai Kekuatan Aqidah

  • .       Aqidah merupakan kepercayaan yang terikat kuat atau tersimpul kukuh dalam jiwa.
  • .       Setiap aqidah mempunyai nilai kekuatan atau kekukuhan yang sama.
  • .      Aqidah melahirkan nilai ketinggian, kebaikan dan keindahan yang mutlak yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan manusia.


  • Apa yang dapat dijelaskan daripada pernyataan  di atas, aqidah yang sebenarnya betul-betul menepati dengan pengertian dan konsepnya yang sebenar ialah aqidah Islam yang berteraskan kepada keimanan kepada Allah.


Unsur-unsur Pembentukan Aqidah

Beberapa sarjana Islam berpendapat bahawa unsur pembentukan aqidah tidak terbatas kepada satu unsur sahaja tetapi meliputi ketiga-tiga unsur ini :
  • ·         Unsur akal dan pemikiran
  • ·         Unsur iradah atau daya memilih
  • ·         Unsur wujdan atau perasaan

Peranan Akal

  • ·         Memahami ciri-ciri aqidah/kandungan aqidah
  • ·         Memikir dan membuktikan kebenarannya
  • ·         Membandingkan dan menimbangkan bagi mendapat hakikat kebenaran



Aqidah sebagai pembentuk peribadi :                                                                        
Membentuk manusia menepati dengan hakikat dan tabiat keinsanan atau kemanusiaan    Membentuk nilai akhlak dan peribadi yang mencorakkan tingkah laku dan amalan



Membentuk diri manusia di dunia dan akhirat :                                                    
Membentuk diri manusia dengan iman dan Islam yang berasaskan aqidah                    
Aqidah asas utama supaya manusia menjadi mukmin dan muslim



Hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia :                                              
Hubungan yang diikat oleh aqidah melalui kalimah tauhid.



Mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama :                                                 
Aqidah asas utama yang mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama.

  


Agama Islam perlu dipandu dengan aqidah supaya manusia betul-betul menjadi insan yang berasaskan aqidah.
Aqidah yang menjadikan manusia itu orang yang beriman dan benar-benar Islam.
Beriman dan juga Islam yang tidak berpandukan aqidah tidak akan megukuhkan agama seseorang itu kerana tiada panduan dan asas yang mengukuhkan agama itu.
Keimanan dan keislaman mereka mudah diselewengkan.


Comments

Popular posts from this blog

Isu-isu Semasa Berkaitan dengan Akidah

Konsep Syahadah dan Tuntutannya

Konsep Ilmu dan Akal