Posts

Showing posts from September, 2017

Kepentingan Tarbiyatul Ruh

Image
Gambar slide presentation ini dihasilkan oleh Tasnim bt. Ahmad Fatimi, M17B. Tajuk Konsep Tarbiyatul Roh ini merupakan bab 4 dalam subjek Pengajian Islam Semester 1 di Kolej MARA Banting. Tarbiyah, asal perkataannya berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud pendidikan. Seseorang yang tugasnya adalah untuk mendidiknya dinamakan sebagai Murabbi. Tarbiyah adalah satu proses mendidik sesuatu ilmu kepada seseorang iaitu sesuatu ilmu dan pemikiran Islam dan seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Menurut Ali Abd. al-Halim Mahmud, tarbiyah bermaksud uslub ( kaedah, cara: berkhidmat utk ke-benaran ialah ~ atau kaedah yg diperjuang-kan oleh Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat ) yang terbaik dalam proses berinteraksi dengan fitrah kemanusiaan dalam bentuk pengucapan secara langsung atau tidak langsung agar masyarakat dapat mengikutinya berdasarkan manhaj ( Metode atau cara kita dalam bertauhid, berakidah dan b

Isu-isu Semasa Berkaitan dengan Akidah

Image
1) Isu fahaman Islam liberal dan pluralisme agama Islam Liberal -Satu fahaman sesat yang datangnya dari sifat tidak yakin, rendah diri (inferiority complex) dan mengagungkan pemikiran Barat oleh orang Islam -Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, liberal itu sendiri bermaksud bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik ataupun makna lainnya bersifat atau ber­pandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya) -Islam itu sendiri sudah liberal di mana manusia bebas dari penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Manusia juga memeliki taraf keterbukaan dalam peradaban manusia selagi mana hal tersebut tidak sampai ke arah menyekutukan Allah. -Penambahan perkataan 'liberal' pada Islam yang sudah pastinya liberal maksudnya konsep ini mahukan lagi kebebasan dan keterbukaan yang lebih lagi daripada apa yang terdapat di dalam syari'at Islam. (fastnote.wordpress.com) -Aliran

Konsep Ibadah dalam Islam

Image