Posts

Isu-isu Semasa Berkaitan dengan Akidah

Image
1) Isu fahaman Islam liberal dan pluralisme agama Islam Liberal -Satu fahaman sesat yang datangnya dari sifat tidak yakin, rendah diri (inferiority complex) dan mengagungkan pemikiran Barat oleh orang Islam -Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, liberal itu sendiri bermaksud bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik ataupun makna lainnya bersifat atau ber­pandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya) -Islam itu sendiri sudah liberal di mana manusia bebas dari penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Manusia juga memeliki taraf keterbukaan dalam peradaban manusia selagi mana hal tersebut tidak sampai ke arah menyekutukan Allah. -Penambahan perkataan 'liberal' pada Islam yang sudah pastinya liberal maksudnya konsep ini mahukan lagi kebebasan dan keterbukaan yang lebih lagi daripada apa yang terdapat di dalam syari'at Islam. (fastnote.wordpress.com) -Aliran...

Konsep Ibadah dalam Islam

Image

Konsep Manusia dan Penciptaannya

Image
Manusia diciptakan di atas bumi ini adalah dengan tujuan mengabdikan diri kepada Allah swt. Manusia adalah makhluk-Nya yang paling sempurna dan sebaik-baik ciptaan dibandingkan makhluk-makhluk-Nya yang lain.  Di dalam Al Quran, dijelaskan bahawa Adam diciptakan oleh Allah dari tanah yang kering kemudian dibentuk oleh Allah dengan bentuk yang sebaik-baiknya. Setelah sempurna maka oleh itu Allah tiupkan roh kepadanya maka dia menjadi hidup. Hal ini ditegaskan oleh Allah di dalam firman-Nya : "Yang membuat sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah". (QS. As Sajdah  : 7) "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk". (QS. Al Hijr : 26)   Sumber : http://pinky-blue9597.blogspot.my/2016/02/proses-kejadian-manusia-menurut-islam.html Inilah proses terjadinya manusia daripada rahim ibu . H...

Sistem Masyarakat Islam

Image
Di dalam slide ini merupakan ringkasan tentang ciri-ciri masyarakat Islam dan apa itu jahiliyah.         Jika dahulu, jahiliyah ini terjadi apabila runtuhnya kerajaan Saba' apabila masyarakat Arab pada ketika itu mundur dari segi ilmu pengetahuan dan jahil dari segi agama. Sesuatu masyarakat itu disebut jahiliyah kerana terdapatnya salah satu ciri masyarakat jahiliyah di dalam masyarakat tersebut contohnya seperti : Tidak beriman kepada Allah dengan keimanan sebenar Tidak menjalankan hukum  Wujud taghut dalam masyarakat Menurut hawa nafsu tanpa bimbingan hidayat Allah Jahiliyah ini tidak terletak pada sesuatu masa sahaja. Bahkan ia boleh berulang apabila terdapatnya ciri-ciri jahiliyah dalam sesuatu masyarakat. Kita sering lihat pada zaman moden ini perlakuan seperti orang jahiliyah banyak berlaku dalam kalangan masyarakat bahkan lagi teruk jika kita dibandingkan dengan jahiliyah yang berlaku sebelum...