Sistem Masyarakat Islam

















Di dalam slide ini merupakan ringkasan tentang ciri-ciri masyarakat Islam dan apa itu jahiliyah.

        Jika dahulu, jahiliyah ini terjadi apabila runtuhnya kerajaan Saba' apabila masyarakat Arab pada ketika itu mundur dari segi ilmu pengetahuan dan jahil dari segi agama. Sesuatu masyarakat itu disebut jahiliyah kerana terdapatnya salah satu ciri masyarakat jahiliyah di dalam masyarakat tersebut contohnya seperti :
  • Tidak beriman kepada Allah dengan keimanan sebenar
  • Tidak menjalankan hukum 
  • Wujud taghut dalam masyarakat
  • Menurut hawa nafsu tanpa bimbingan hidayat Allah
Jahiliyah ini tidak terletak pada sesuatu masa sahaja. Bahkan ia boleh berulang apabila terdapatnya ciri-ciri jahiliyah dalam sesuatu masyarakat. Kita sering lihat pada zaman moden ini perlakuan seperti orang jahiliyah banyak berlaku dalam kalangan masyarakat bahkan lagi teruk jika kita dibandingkan dengan jahiliyah yang berlaku sebelum kedatangan Islam 1500 taun dahulu.

Kita boleh lihat sendiri bahawa masyarakat kita ini kebanyakkannya hidup berpandukan hawa nafsu. Mereka sudah mula membunuh kaum sendiri, merogol anak sendiri, mendera kaum wanita terutamanya para isteri, bunuh anak sendiri tidak kira jantina dan sebagainya.  
Sekarang ini kita dapat menyaksikan sendiri bahawa umat Islam yang hidup selepas kedatangan Islam dan setelah sempurna risalah kenabian Muhammad S.A.W. walaupun telah dibekalkan dengan syariat, dipandu dengan al-Quran dan sunnah, namun masih ramai yang kekal dengan watak-watak dan sikap yang ada pada masyarakat di zaman jahiliah dahulu. 

Sebagai contohnya, kita boleh lihat pelbagai kes-kes yang berlaku mengenai pembuangan bayi, anak pukul mak, bapa merogol anaknya sendiri dan sebagainya. Bukankah perkara tersebut pernah dilakukan masyarakat Arab jahiliyah terdahulu sebelum kedatangan Islam? Mengapa masyarakat kita yang sudah didedahkan dengan nilai-nilai Islam dan telah maju dalam teknologi ini sanggup melakukan perkara-perkara tersebut? 

Cuba kita renungkan kembali. Perkara ini terjadi atas beberapa sebab iaitu masyarakat kita enggan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dan menjadikan kitab suci Al-Quran itu sebagai panduan hidup. Mereka menganggap ia seperti mengongkong kehidupan mereka walhal perkara tersebutlah yang menghindarkan kita dari terjebak dari perkara-perkara seperti yang dilakukan oleh masyarakat jahiliyah.

Bagi mengelakkan hal-hal tersebut daripada terus terjadi, masyarakat kita perlu mengamalkan seberapa banyak ciri masyarakat Islam antaranya seperti memelihara nilai-nilai kerana akhlak itu merupakan asas dalam pembentukan masyarakat Islam. Selain itu, kita juga perlu berpegang teguh dengan konsep keadilan. Keadilan inilah yang memberi impak yang besar dalam masyarakat kita. Dari segi hukuman, kita perlulah adil dengan memberi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Masyarakat kita sering mengamalkan rasuah sehingga orang yang bersalah dan sepatutnya menerima hukuman dapat melepaskan diri mereka dengan mudah. Jadi, konsep keadilan itu masih belum sebati dalam masyarakat dan mestilah dititikberatkan dan diamalkan agar perkara seperti itu tidak berulang lagi

Kesimpulannya, masyarakat yang baik merupakan masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam. Apabila kita mengamalkan ajaran Islam, nescaya kita tidak akan terjebak dengan perkara yang menjadikan kita seorang masyarakat jahiliyah.  


Comments

Popular posts from this blog

Konsep Syahadah dan Tuntutannya

Isu-isu Semasa Berkaitan dengan Akidah

Konsep Ilmu dan Akal